RESEPI: Ikan Masak Masam Manis (sweet sour)

Assalamualaikum.

Selamat hari ahad you all! Masak apa untuk makan tengah hari? Mesti menu yang special2 kan. Gud2.

Hari ni aku masak satu lauk jer.yelah makan berdua je dengan hubby. Yang penting tak membazir, ye dok.

Macam tajuk kat atas tu la..kali ni aku cuba buat ikan sweet sour pulak. Guna ikan cencaru you, selalunya orang buat cencaru sumbat tapi aku bantai buat sweet sour.hehe.

Ok2 hentikan merepek..

Apa lagi, jom kita ke dapur.

Bahan-bahan:

2 ekor Ikan cencaru sederhana besar (bawal/siakap/kerapu)
3 sudu besar cili boh/cili kering blend
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 ulas bawang putih di ketuk
2 cm halia
1 btg serai di ketuk
1/2 batang karot di dadu
1/2 batang timun di dadu
1/2 bawang besar
Brokoli
Capsicum/1 biji lada merah
Garam
Gula

Cara-cara.

Ikan di sapu garam kunyit dan digoreng.
Untuk kuah, tumis bawang putih, serai, halia sampai naik bau.
Masukkan cili boh tumis sampai naik minyak. Campur sos cili dan tomato.Masukkan air sikit. Masukkan sayur-sayuran.
Last sekali perasakan dengan garam dan gula. Gaul sampai masak.

Tuangkan kuah atas ikan yang dah siap di goreng tadi. Then boleh la hidang, makan dengan nasi panas2.syokk..

RESEPI: Spaghetti Aglio Olio

Assalamualaikum.

Pernah makan spagetti bolognese atau carbonara? Ala kat pizza hut pon boleh order ma.. so? Mesti pernah kan.

Haa bolognese dan carbonara ni ada satu lagi adik beradik, namanya aglio olio. Hehe. Aglio olio ni Macam spagetti goreng sikit sebab tak berkuah macam dua beradik tadi.

Nak try buat? Jom2 kita ke dapur :)

Bahan-bahan:

Spaghetti
Bawang putih-potong dadu
Bawang holand-potong dadu
Cili padi-hiris
Seafood; sotong ke udang ke lala ke..nak mix pun boleh.
Isi ayam-potong dadu
Broccoli
Karot
Lada hitam/Pepper
Pati ayam/garam

Mula2 rebus spaghetti dan tos. Panaskan minyak zaitun(minyak masak biasa pun ok) tumis  bawang sampai layu. Masukkan seafood/isi ayam. Bila Lauk dah masak, masukkan spaghetti bersama sayur-sayuran dan cili. Masuk kan pati ayam atau perasakan dgn garam. Last sekali taburkan pepper.

Senang kan? cuba lah!

DIY : Guess Book dan Dulang Hantaran

Assalamualaikum.

Pilihan raya dah nak dekat. Mesti ramai yang balik mengundi nanti kan. Sekarang pon mesti ramai tengah plan nak amik cuti. Balik jangan tak balik oi. Nasib negara di tangan kita.

Dah la ramai yang buat kenduri 5mei tu, selamba je si najib announce tarikh election pada hari tu.Tak dapat aku nak makan nasi free eh kenduri tahu!.haish.

*pause!...politik tetiba?

Ok2 back to the real story.

Cakap pasal kenduri ni kan..Hari tu ada sorang member ni mintak tolong buatkan dulang hantaran.Diy projek la kiranya. So kitorang discuss untuk kumpul ramai-ramai nak tolong. Set satu date, sampai sanggup  memasing ambik cuti sehari ahaks.

So sehari tu memang nak pulun siapkan projek gotong royong ni. Semangat je memasing tau.

meh tengok-tengok apa yang dah kitorang kerjakan;

9dulang hantaran ok. Hehe.

Cer tengok cantik tak?

Gambar yang last skali tu pulak adalah guest book. Kawan aku yang buat. Cantikkan?

So agak-agak ada tak yang berminat nak tempah? Eh..hehe

Wordless Wednesday : Dream house

Alhamdulillah..in progress! :)

Dream House: Taman Nusa Intan, Senawang.

Hi assalamualaikum.

Hmmm.dream house..semua orang mesti ada impian nak ada rumah sendiri kan. But, I think everyone know..harga rumah makin lama makin naik.memang membantutkan hasrat.. siap kena fikir dua tiga kali kalau nak beli since kita nak invest dalam masa yang agak panjang. Aku pun tak terkecuali. Memang sangat dilema. Dalam masa beberapa bulan je,its increase almost about 10k. Gila kan? Pikir punya pikir, dan bincang2 ngan hubby, So we decided to buy a house this year.
(Menyesal tak beli sebelum kawen dulu) kat area senawang, near to LEKAS highway.

Dan..Alhamdulillah dipermudahkan, urusan jual beli semua dah selesai, tunggu rumah siap je. expected to finish by next year..dapat kunci baru start bayar.

hehe.

Tapi agak jauh dengan tempat kerja hubby. But we have no choice, nak beli kat KL? memang tak mampu la kami ni kan. But I told him, even 1 day I pindah kerja kat KL pun, we still can rent the house to someone else and earn some money. Make it as an our asset. Berbaloi juga Hehe.

So sesapa yang berkemampuan tu, boleh la start survey2 rumah. Boleh buat asset tak rugi pon kan. Cewah pandai aku nasihat orang haha. 

Note: da berangan nak renovate rumah especially dapur bahaha.

Anyway, gambar bawah ni salah satu rumah contoh bawah developer yang sama , Sri Pajam. bukan rumah kitorang pun hehe. Gambar sekadar hiasan ok.



RESEPI SALAD SAYUR

Assalamualaikum.

Epik sangat kan....resepi salad pun nak cerita kat blog kau kan.hehe.

Hubby request nak makan salad malam ni. Dia gagah berdiet, wife pulak main bedal je makan-makan ni sambil support hubby kih3. Bila mahu insaf pun tak tahu lah.

Ok2 aku nak letak jugak cara nak buat salad kat sini. Mesti semua dah tahu kan macam mana nak buat salad ye dok. Aku letak ni kira sebagai refference la. Mana la tahu nanti tua nyanyok, boleh la belek balik blog resepi ak ni kannnn.

Meh check it out.

Bahan-bahan:

1.Mixed salad lettuce; red, green, coral lettuce
(Beli je yang dah siap bungkus, aci tak?)
2.tomato cerry
3.Capsicum
4.carrot
5.Broccoli
6.Mayonnaise
7.thousand island

Capsicum, broccoli, carrot direbus sekejap dan di tos.Semua fresh salad dibasuh juga di tos. Then digaul bersama mayo dan thousand island. Kalau nak masam perahkan jus lemon.

Sapa-sapa nak diet boleh la try ok. :)

Tie The Knot: Our Wedding Day!

Assalamualaikum..

Malam ni rasa macam nak share momen-momen bersejarah kitorang. hehe.dah 10bulan baru nak share..ngadekan. :) (bila dah start update, rajin je nak menaip..cerita itu ini)

Well ..we  all still in mood honeymoon..bercinta tak sudah. Meh nak cerita skit detik manis aku di ijab kabulkan sebagai isteri. Nanti dah tua boleh la tunjuk kat anak cucu plak ye dok. (Hebat nenek ada blog woo..)

1 jun 2012:

Alhamdulillah kitorang selamat di ijab kabulkan. Majlis akad berlangsung kat masjid lepas isya'. Malam tu ada 7 pasangan lain nikah sama tarikh plak ngn aku kan..perghh memang sangat ramai la kat masjid dan kalau tak salah, kitorang punya turn malam tu, no 6 kot. Berpeluh tunggu ngan nervous nya lagi..hehe. selesai majlis dalam pukul 10 lebih..semua orang tak sabar nak balik, sebab dah lapar keh3.

2 jun 2012:

Sabtu..Majlis kenduri rumah aku. Kitorang tak bersanding renjis-renjis pon. Aku ambik pelamin pun hanya untuk bergambar kenangan bersama family. Bilik pun hias sendiri je.
Dan yang penting lauk kenduri semua cukup untuk hari tu. Even lauk untuk pengantin sampai lewat. Hee.

9 jun 2012:

Seminggu lepas tu rumah hubby plak. Majlis sambut menantu yang simple, cukup jamu tetamu yang datang meraikan kitorang. Sebelum tu sempat jugak lah honeymoon kat cameron, otw balik ke pahang. Alang-alang lalu kan, singgah la kejap.

Most of all, aku Syukur sangat semua nya berjalan lancar. Walaupun ada yang kurang sana sini..adat lah kan takde yang sempurna..kita yang rancang, Allah yangvtentukan akhirnya.

Anyway,  Terima kasih sangat kat family yang banyak bantu kitorang.

Tak sangka kan aku dah kawen. Even kalau keluar berdua pun rasa macam tengah bercinta. Hehe.. mungkin belum ada baby lagi kot. Doa2 moga dimurahkan rezeki dan dipercepatkan.. ameen.

Selebihnya layan je la gambar kawen dan post wedding kitorang ;)

RESEPI: GRAVY MEATBALL ALA-ALA IKEA.

assalamualaikum.

(Amaran: ini entry tertangguh berbulan lamanya haha)

Korang mesti pernah makan meatball kat IKEA kan. alaa dish yang you must try bila shopping kat sana.
famous jugak la..aku dah lama tak pergi sana. sebab tak tahu nak beli apa. dah naik rumah nanti boleh la kot menyinggah beli perabot.hehe ok lambat lagi yer tapi macam dah tak sabar hee.

ok dah dah.berbalik pada topik.

hari ni aku nak share buat gravy aka kuah meatball.kalau korang rajin nak homemade meatball tu pun ok juga..hehe.

macam biasa sebelum share resepi, kita share gambar dulu yer.



swedish meatball with potatos

RESEPI GRAVY MEATBALL

meatball (beli brand TESCO je), goreng dgn olive oil sampai perang. tanpa minyak pun blh.
kentang goreng.(aku  rebus je kentang dengan sedikit garam,tabur black pepper dan oregano.)

gravy;

2 sudu butter/planta
1 stgh sudu tepung gandum
1 biji bawang holland
1 biji tomato
1/stgh cwn air
100ml susu segar/cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
1 sudu gula
1 kiub pati ayam
2 sudu sos /serbuk lada hitam

cara-caranya;


  1. cairkan butter
  2. tumis bawwng holland sampai layu
  3. masukkan tepung gandum sampai berubah warna
  4. masukkan tomata sampai layu
  5. masukkan air,susu,sos tomato,sos lada hitam,kicap manis,sos tiram, pati ayam,gula
  6. perasakan dgn garam
kacau sampai masak dan make sure kuah tak berketul.tutp api dan blend gravy sampai halus.
boleh tuang atas meatball. hidang bersama kentang dan jem blueberri kalau ada hehe 



tadaaa..da siap. selamat mencuba!



PAVLOVA

Assalamualaikum,

Dah lama tak update blog. dari zaman anak dara sampai dah kawen pon hehe.
so hari ni macam rajin sikit nak bersih kan blog yang dah bersawang ni haha.

ok straight to the point..korang mesti pernah dengar pasal pavlova ni kan. rasa
manismanis dan lembut macam marshmellow. nak buat pavlova ni senang je tapi
agak cerewet sikit sebab banyak pantang larang.

aku dah bnyak kali buat pavlova ni sebab hubby suka hehe,mulamula untuk makan sendiri
je. ultil 1 fine day cewah hubby suggest untuk jual. aku try buat dan bagi akak kat kilang
rasa. buat food test, and Alhamdulillah, tak sangka diorang suka.
now aku start ambil tempahan kecil-kecilan. isi masa lapang membaking pavlova hehe




haa ni la pavlova yang aku siapkan untuk tempahan. so sesapa yang takde masa atau malas nak buat atau
tak tahu kat mana nak beli/tempah  .. boleh la tempah ngan aku ye. hehe. korang boleh request nak buah apa, kiwi/anggur/blueberry/strawberry/mangga. nak request kurang manis pun blh. ;)

size 8in = rm 30

boleh whatsapp/call ; 019-6709320.

COD area n.sembilan/bangi. pos tak dpat la yer hee.


im the owner

hi..

an engineer,
married to an engineer
i love cooking and baking
iam simple and i am happy with my life.