wedding checklist (2month)

hi assalamualaikum

hari ni rasa nak update checklist . lagi lebih kurang 2bulan or to be exact 1bulan 3bulan 3hari hhuhu.
banyak lagi yang tak siap,still in progress. so ,checklist pun x lengkap ..tapi x kira.nak update jugak..

taraaaa..


tarikh penting
nikah - 1jun lepas isyak
resepsi - 2jun
bertandang - 9jun

tema
nikah -putih
resepsi -purple+putih+pink (haha pening)
bertandang -grey+pink

Legal Documents
Kursus Kahwin  - done    
Test HIV      - done
gambar 3keping -done
Borang kebenaran nikah     -pending   
Jurunikah -pending

venue
nikah-masjid
resepsi-rumah ba&mi
bertandang-rumah FIL

Hantaran untuk zaid (7dulang)
kemeja - Done
Kasut - Done
Wallet & Belt - Done
jam - Done
perfume - Done
quran -done
Sirih junjung -pending

Hantaran untuk asma (5dulang)
perfume - done
beg -done
telekng+sejadah -done
sirih junjung-pending
Mas Kahwin  + gelang -pending

decoration
both pending


katering + khemah
nikah-rewang
resepsi-katering( ba&mi's task)
bertandang-rewang FIL'task

doorgift
vip - jar booked
guest doorgift-pending


pa system
resepsi- xde  hehe
bertandang - tunang's task

pelamin
nikah, bantal nikah -done
resepsi, design -done
bertandang, design -done


outfit
nikah
-dress: done fitting
-kasut :done
-veil: pending
resepsi
-dress-done fitting
-kasut-done
bertandang
-dress-pending
-kasut-done


photographer
nikah-done (ayie nazri)
resepsi-done(ayie nazri)
bertandang-done(fareenidea)




checklist yang tak berapa nak panjang sangat. amik yang penting sahaja. lain kali akan update lagi

hehe till then , chowchin chow

wedding preps vs wedding progress

assalamualaikum,

dah lama tak menaip,malas betul kan!

bila tgk kat ticker sebelah ni, aku ada lagi 1month 4weeks? aiyokkk!!
tetiba rasa macam tak tahu apa yang aku dah buat dan apa yang perlu aku buat.pffft~ nanti aku update checklist. so far aku rasa berjalan lancar dan dipermudahkan. alhamdullillah.

list satu-satu la eah

kad kahwin



kad kitorang dah siap yeay!. sebelum dapat kad tu, terjadi satu drama yang tak diingini. it was unexpected tahu. first time pekerja dia bg kad tu, i was like....terpinga-terpinga. sebabnya tak sama dengan warna yang aku mintak masa order dulu..dem lah.

memang rasa spoil habis lah bengang kot, then he call his sup yang in charge tempat printing tu. and they admit that was their mistake sebab tak inform aku awal-awal grrr. aku rasa cam nak nangis dah, dalam terketar-ketar tu aku gagahkan jugak tanya if they can print me the new one without any charge..malangnya tak boleh and akak tu suggest nak ikatkan riben pada kad. bila bincang ngan zaid,then we agreed.

5days later....datang balik nak amik kad and guess what?

they printing back my card, sama ngan kad yang aku pilih dulu....
mak pun cakap cantik even kad tu macam design lama hehe. rasa senang hati =)))

wedding dress

last week balik kampung for fitting, baju tunang and mine..seems banyak lagi yang perlu di alter. untuk baju aku je lah,untuk zaid sedang elok saja.hehe.

first tengok pun aku da rasa senang hati, sebab sama design yang aku nak, aku bagitau makandam.yes!
harap lepas alter dan letak lace and beads nanti,baju tu akan  jadi lagi stunning. hehe berangan.







 taraaaa!! teaser je dulu. lagipun dress ni nampak besar ngan aku. as i just said,banyak lagi perlu dialter. hehe. yeszza dark purple with light purple lace. warna nampak lain skit dalam gambar,amik ngan henpon murah je. hehe


nikah dress

last but not least, baju nikah. petang tadi, balik kerja terus ajak ayu pergi fitting. alhamdullillah aunty tu follow my design and ilikeit very much ^^

..
..
..


 kosong. belum siap sepenuhnya lagi hee...tunggu eah.


 erm preparation lain still in progress. borang nikah tak hantar lagi, tunggu belah zaid setelkan dulu hari ni siap actually hehe. minggu depan akan ku pos kat ayah dikampung mintak tolong hantar kan.

Bilik pengantin..dah kemas-kemas apa yang patut. tunggu nak letak karpet,beli bantal dan pasang langsir.

My family helps me a lot ok..thanks to my mom and sisters. oh ya, kawan-kawan juga..diorang banyak bagi idea..hehe sayang korang banyak2! ok bm fail haha.

sampai sini dulu, aku nak pergi update checklist dulu..tadaaaaaaa..



tak sabar nak nikah!



HIV test!!

assalamualaikum

em lama dah tak update my diary ni hhaha..'my diary' sebab aku sorang je baca blog aku ni hehe.

anyway, hari tu dah buat hiv test dengan en tunang.kitorang pergi klinik kesihatan bandar seri putra, tak buat appointmenet pun since zaid call and staff kat situ cakap terus datang jer. well amik darah sekejap je kot tapi kene tunggu semua yang datang untuk buat hiv test hari tu siap ambik darah baru dia bagi keputusan. before that kena kumpul ramai-ramai dengar kaunseling dulu hehe.

 adala dekat sejam lebih siap sume, and the result is .....of course la non reactive. gagagaga.

hrmmm hiv test done! borang nikah tak setel lagi since nak tunggu zaid punya borang complete dulu.. minggu ni he will be attend kursus kawen. then after that boleh la kot submit form..yeay!

setakat ni DIY-thing yang aku dok gebang sebelum ni ..still in progress,heee. reasonnya sebab aku malas muehehehe. tapi almost done,list-list yang aku da wat 

boleh agak la kot , aku nak wat apa ni..hehe.. GUESTBOOK. ni page sebelah dalam aku print sendiri and fotostat untuk footer yang ada nama kitorang kat bahgian bawah tu 


TQ tag

yang ni straightly design kat kedai and print dalam bentuk namecard. total cost 0.12sen sekeping
aku da siap potong for 600 tags muahaha, dan da siap tampal kat paper bag . baru siap 200keping haha again...malas.


dan yang terbaru , aku layan DIY veil plak..kah2. material chiffon +lace beli kat nagoya. potong bentuk D and kelim tepi ..total cost = rm15.30. tak jahit lagi sebab benang putih takde ..dan akan beli beads pearl untuk menambahkan seri cewahhh! 

harap aku rajin la nak siapkan veil ni nanti ..aminnn

anything else?

barang hantaran dah almost complete.. tinggal cincin untuk aku dan dia.pelamin dan baju dah decide masa balik kampung hari tu.checklist yang aku buat pun dah almost complete , harapnya berjalan lancar dan  menjadi seperti yang diharapkan hehe. InsyaAllah.

doakan kami!!



our wedding card!

Salam,


hari tu, we booked our wedding card already. =) so far
I satisfied with the design, just a simple one. takdekartun and tak bewarna-warni pun hehe.

harap mi dan ba berkenan lah hehe.

Actually agak awal juga nk tempah kan, tapi kitorang cuba nak settle kan benda-benda penting ni dulu.dan..sementara gaji masih berbaki kah3.

on that day aku naik komuter je dari stesen senawang sampai ukm. masa tunggu komuter kat senwang tu,fuhh punyalah lama.sempat jugaklah aku baca novel beli kat MPH hari tu hee.


P.S i love you ..baru baca sampai chapter 8 (--"). akan berusaha baca sampai habis chaiyok3.

samapi kat ukm ,en z jemput dan kami pun zoom terus pergi kedai kad kahwin. belek punya belek,pilih dan pilih lagi, kira dan kira..came out with final decision, pilih kad warna putih je.psssttt~ harapnya cantiklah lepas siap cetak nanti. 

lepas tu aku ajak en z, pergi kedai kek  kat bangi..dan aku berjaya beli ni


cer teka apakah ni?

brown paper bag with doilies paper, agak murah la compared dengan kedai lain yang aku jumpa. suka!
and now im starting to diy my own paper bag. hehe..akan tunjuk nanti, tunggu naaa..

our journey continued, singgah mines jap hehe lu ingat ni hari jalan-jalan sedunia ker. kali ni berjaya completekan satu lagi checklist hantaran untuk en z. yep, kami beli jam pulak.. sebabkan dia sendiri yang akan pakai nanti ,bagi dia sendiri yang pilih. =)

checklist done!

sebelum balik,  pusing masuk DAISO. asyik pergi daiso je kan kau ni haha. beli lagi 2-3barang ,



ha tuu diaaa..aku beli sketch book, wood box, ribbon,pembalut, dan bunga-bunga hiasan..
semua ni barang-barang yang aku nak DIY nanti. woot woot..will storie morie later k.

tunggu~

till then bai!



DIY - brown paper bag

hi salam and selamat pagi..

pagi-pagi ni nak cerita tentang idea nak deco goodies bag. guna brown paper bag..ala yang makcik-makcik goreng pisang guna tu. hehe. tapi rasanya dah ramai tahu tentang idea ni, especially b2b cam aku ni.

kenapa nak guna paper bag tu? kenapa tak beli yang biasa tu?

hehe yup, kenapa erk? mungkin bajet nye lagi murah kot. kalau pandai cari la kan. sebab aku dah kira bajet menggunakan brown paper ni dan compare kan dengan paper bag yang sedia ada dipasaran tu. keh3.paper bag biasa yang aku jumpa rm2 =10pcs kat SSF, Huhu. tak survey tempat lain lagi.. en tunang ok je,asalkan aku tak rasa menyusahkan diri nak settlekan sendiri for app 700 goodies bag tu nanti hewhewhew.

okok jangan pening-pening nak fikir, aku googling je..kat bawah ni contoh-contoh deco untuk paper bag ni

cantik tak?

camni letak sticker je,simple and nice

 comel juga 
nak tau lebih lanjut terus klik sini hehe

so sesiapa yang rasa mempunyai tahap kerajinan yang tinggi boleh la buat sendiri paper bag ni..
aku ada survey kat kedai-kedai. di blog-blog juga banyak. untuk contoh gambar dari zfcraftcorner kat atas ni, bahan-bahan  barang-barang yang diperlukan adalah:

  1. brown paper bag 
  2. doiley paper
  3. tq tag / sticker
  4. riben berwarna 
else? gunting, gam tu pandai pikir sendiri lah yer hehe. em doiley paper tu ,boleh cari kat kedai kek sangat banyak ok and murah hehe . setakat ni yang aku jumpa doiley paper 4.5" =rm 3.20 and i think it is more than 100 pcs kot. untuk paper bag tu ,kalau korang tak jumpa kat kedai runcit boleh juga survey-survey kat blog and fb ni


rajin-rajin la stop by yer..memang banyak yang diorang offer. macam-macam ada, sampai rambangmata nak pilih hehe. selamat berDIY you'll !! cakap pada diri sendiri hik3


 gambar kat atas tu sume sumber dr en.google 

nota kecil: idea dah ada,bajet da kira..tak sabar nak execute task ni =)

projek kahwin: tema warna

salam,

projek kahwin? apakah?

actually aku baru balik dari kenduri one of my tech and operator..tema merah hitam, glemer you. pergi dengan laki tunang aku. since zura and nadia cakap takmau join..kitorang pun vroomm bersama. hehe

makan-makan,borak joyah jap ngan pn ira dan akak MS(manufacturing speciallist), sambil tunggu ketibaan pengantin lelaki. around 2pm jugak lah berarak. erm..to those who may concern haha -en fadzil and anis-  selamat pengantin baru!!


maaf.gambar dari sisi kah3 sebab ramai sangat orang kerumun , malas nak mencelah..papepun mereka adalah sama cantik dan sama padan.congrates you'll.

anyway, aku punya tema bukan merah hitam ok, mungkin tidak sesuai. dah la kami sama-sama tidak putih. nanti baju pengantin overshadow plak hah.
Main color aku da pilih cuma cuba mencari dwitone color yang bersesuaian. will reveal later sebab tak confirm lagi. once dah decide on my wedding dress nanti boleh la bagi tahu. hehe

hari ni dengan tidak sengaja ,sedondon pula ngan en.tunang. we go for green! hehe i loike



huh tembam nye aku...grrr..need to diet..diet..diet!!..argh diamlah kau!

tdo zzZZZ




girls day out~ jalan TAR you'll

hi assalamualaikum..


pagi tadi kitorang gegirl-gegirl, eh macam geli-geli pulak bunyi nye haha, kami berjalan keluarkan peluh ke SOGO dan jalan TAR dan SEMUA HOUSE. sangat lah letih hari ni, rasa exhausted gila ok. huhu

kitorang parking kat BTS, then take LRT to bandaraya station. It cost rm1.70 my dear hehe. bila sampai rasa lapar pulak,terus bergegas ke food court ,tingkat atas SOGO. dapat makanan tak pikir apa dah, terus makan je.dok sempat nak posing-posing ambik gambar ngan makanan yang super super banyak lauk tu.

bila da kenyang baru ada mood nak ambik gambar bagai haha

dari kiri cepat jalan! : k.mira,pn.ayu,aku,pn.zura dan nadia tiada dalam gambar(see, 2 orang puan yang berlagak bujang menyertai kami-mungkin harus tukar tajuk -women days out?. aku pun bakal bergelar puan juga nanti pffft)


ni ngan zura, mummy to be. ;) abaikan muka selebet aku.

da habis makan, perut da bulat masing-masing dengan penuh tenaga memulakan misi. heheheh. turun tingkat bawah tengok-tengok apa yang patut. aku survey comforter(ok kau ni comforter tak habis-habis-bak kata en.Z). da jumpa dah yang berkenan and agak banyak off, 90% juga hoi.bodohlah kalau tak amik ye dok.?

tapi memandangkan aku pikir lepas tu nak pergi jalan TAR, aku hold on la dulu kah3. takkan kau nak kehuluhilir angkut comforter tu plak kan. masih dalam sogo, bila aku datang balik aku tengok ada ramai orang kat area comforter tu, then jenguk lah tengok comforter aku masih comfort tak ditempaknya,malangnya..ada sorang akak ni da angkut satu. actually ada dua comforter yang aku berkenan tu. aku cari satu lagi and...oh..oh..ada akak sorang lagi ambik.dem!

masa tu kitorang tengok dari jauh je, dalam hati punya la berdoa. harap-harap akak tu letak balik. tapi tidak dia beredar membawa comforter aku..huhu luluh dowh hati. member aku cakap muka aku da merah masa tu,haha memang aku da rasa nak nangis pun td.kuang3.


berdrama pulak kan... (--"). dipendekkan cerita,memang rezeki aku kot, akak tu datang hantar balik and aku terus je rembat dan terus je pergi bayar. hehehe sangat suka!!

then kitorang pergi jalan tar dan borong tudung-semua house, survey goodies bag aku nanti. paling murah yang aku jumpa rm2/10pcs..mahal ke murah eah? da habis survey-survey
rehat kejap. after that kembali ke jalan benar..eh..eh ke sogo. ambik comforter yang aku tinggal lepas bayar haha. plus beli cadar plain warna ungu.

dalam pukul 4.30 bergegas mahu pulang, takut nanti bersesak dengan orang awam pulang dari bekerja. pukul 6 lebih sampai rumah. fuhhhhhhh..penat gila badan. tapi puas! heeeee

da setel satu checklist aku..i loike!





family and kisah kawen-kawen..erk again??

hi,hi,hi


perghhh pehal nak 3 kali hi ntahnya..hoho

ok, assalamualaikum..ha lebih sopan, kan da nak jd bini orang..eh?.. hihi

well nak cerita pasal kawen lagi neh..takpa aku tak bosan pffftt. nanti lama-lama blog ni jadi blog pasal wedding je. hee

eh tadi aku jumpa en.zack ,teman makan jap ekeke. and guess what? kitorang pakai baju sama kaler la..kah3 so lame..papentahakuni! tadi saja la cakap kat en.Z cenggini;

missA: Eh baju kita sama kaler la yang..
enZ: tak samalah

missA: eh?? (--")

haha baru berangan nak sehati sejiwa. gi jalan-jalan pakai baju sedondon. kah-kah cam budak-budak remaja pulak.berangan. sebenarnya rasa malu juga nak sama-sama kaler ni ,seb baik aku pakai cardigan kat luar so takdelah nampak baju kitorang sama.tak penting pun lah! kehkeh

anyway berbalik pada topik

-eh ko da habis banyak perenggan baru nak back to the point ke? ingatkan da start tadi haha-

monolog sendiri dem! ok-ok.anyway semalam call Mi and we having chit-chat about wedding preparation lah. aku dok tanya pasal catering, since Mi&Ba yang akan settle kan bab-bab makan ni, aku ikut je. pastu Mi dok crita pulak pasal kain langsir kat rumah kawan dia hari tu ekeke. berkenan lerr tu. well memang aku ada prepare ongkos untuk Mi jahit langsir baru untuk sliding door rumah tu. hehe takpe-takpe, nanti aku balik kg kang aku kuar lah shopping cari kain ngan Mi.

lepas tu masuk cerita pasal kad kawen, Mi tak bagi buat banyak-banyak pun. sedara mara nanti boleh balik kampung and terus jemput je. erm aku pun ok jer. jimat sikit bajet kad kawen yeay! bila cakap kat en.Z , dia pun setuju jugak hehe.

and then aku gosip ngan Mi, bagitau pakej pelamin kat kg en.Z lagi murah. siot macam tak percaya je. banyak jugak la beza ngan pakej yang aku amik tu. untung la.grr jeles!

lepas da habis potpetpotpet ngan Mi, aku chat fb ngan enZ pulak. handphone dia takdak bateri pulak. tak dapat nak sms. tapi aku tetap je nak sms dia wakaka.

em.. chat bukan cakap apa pun.bagitau yang aku call Mi je. tapi yang aku nak cakap kat sini sebenarnya..yang ..aku suka bila dia bahasakan mak ngan ayah aku as Mi&Ba jugak. rasa macam rapat je, rasa macam we are really a family. eh? -bukan da jadi part of family ke? eh ke belum lagi? eh?- hehe

pepehal pon: sy syg dia

ekeke






saMan grr..

salam,


sapa pernah dengar title or motto or whatever lah..kat mana-mana ..haha

the more you delay, the more you pay!


aku first time tgk ayat ni..it ist like a motto lah untuk menyuruh -menggesa barangkali ,pengguna jalan raya yang ada kesalahan lalu lintas membayar denda mereka/saman?

keh3

kena kat diri sendiri, terasa i tau! awat wat moto lagu tu..dowh..stress tetiba. haha
padan muka sapa suh ko lengah-lengah bayar saman ekeke..

SAMAN? yep saman ok, i kena saman..dah lama sebenarnya tahun lepas lagi, dan akibat berlengah-lengah ,acuh tak acuh..em apalagi ? lalai? nyanyok mungkin..haha ni ler akibatnya
kena la bayar.

owh.. for the first month tu ,kena dalam rm150, tapi sebabkan aku lambat..saman diganda dua cett..rm300 weh..sengal lorh..huhu. bukan salah aku-tetiba tak ngaku plak..sapa suh abg polis antar surat saman kat rumah makayah aku, hantar la kat rumah aku,so that aku aware and laju-laju pergi bayar ekekeke.

surat saman pun aku da tak ingat kat mana..hee. i check kat internet je. rupanya saman sebab speeding kat kuala lipis-speed trap ler tu..x sangka aku ni bawak kreta laju-laju ek..sampai jadi pilihan pakcik polis. haha. aku rasa bukan aku yang drive time ni, ni mesti keje adik aku..bila aku sibuk berdengkur kat tepi dia , pergi merempit plak hoho..nak kena ni..ne mintak separuh bayaran sebagai balasan hahhaah .

skang ni aku gelabah nak bayar sebab bulan tiga kena bayar road tax daa.. akak aku cakap if kita ada saman, dapat renew road tax selama setiap 6 bulan ..haish cam mana-cam mana ni..huhu

aku nak cari abang polis hensem-hensem lah, nak mintak kurang..kah3
bajet kau hot lah kan (--")..


DIY..photobooth props!!

hi salam,


semalam aku wat somekind of d.i.y stuff..wuuu. sebelum ni ak pikir nak beli je..tapi bila survey harga..em yang aku rasa agak x berbaloi nak membeli ,jd ak memilih untuk buat sendiri je..nak tau ap? ekeke..


taraaaaa...


photobooth props..ade mustaches,lips,spec..and wording. erm ideanya nak letak dlm bilik je..nak jdkan props bila nak amik gambar nanti hehe..mcm kat bawah ni


then semalam aku jalan2 kat sunway ngan en.zaid, punyalah dia sanggup ponteng keje sebab nak teman aku..huhu thanks sayang! pastu jumpa DAISO..ala kedai jepun yang sume barang dia 5riyal je tu..kemain excited aku sebab memang nak cari frame gambar and easel..kejap je pusing da jumpa wallaweh .sgat sukaa!!

pilih punya pilih dapat jugak beli 3 barang ekeke..tu pun x puas lagi sebenarnya,memandang kan en.zaid da tarik-tarik ,asyik duk 'jum2' je..aku pun terus gi bayar huhu..xpo2 t aku nak g lagi kedai daiso tu..nak cari barang-barang comel kat situ..kih3.

kat bwah ni frame ngan easel yang aku da beli hehehe suka-suka.




x sabar rasa nak hias-hias bilik nanti.. skang ni tengah survey comforter pulak ..duhh pening nak kawen ni kan! tapi org cakap best kah3.

adious!


dia lelaki


hi salam,


-AMARAN-

ni entry angau..harap jangan muntah haha.

psssstt...





saya SAYANG dia

muka xdak perasaan hewhewhew

chow!

pagi2 buta rasa nak menaip..buang tebiat jap!

hi moning2 glory,


first time balik kojo, memblog plak kah3..angin pe ntah..klau tak takdonya hupdate blog ni..haram pemalas hewhewhew!

xde pape pun..melayan mata jap,nak suh ngantuk.
kadang-kadang xlei nak tido pikir pasal majlis aku nanti
bukan psl kekangan kewangan ke apa..eh? bajet anak dato org sponsor kawen kau ke apa? haha.

ok2..actually ak ni dok pikir sangat sampai time nak tdo pon noleh pikir lagi haha mana x stress? ngan x cukup tdo nye ag.-oh ak kan keje shift huhu.

nak kata lambat lagi..lagi 4bln adoiyai
hari tu i did my own to do list,discuss with en.tunang
apa yang perlu dilakukan every month menuju hari2 bahagia kami cewah! erm harap everything will be going smooth ly.
insyaallah..

bahagianyaaa.. mengada tssskk --"


F.R.I.D.A.Y

Salam jumaat semue....



mesti hari ni semua orang tengah busy-busy bekerja..ye dop. well aku off hari ni yeay! . bangun pagi ngan muka selebet tak mandi lagi, angkut bakul kain, nak g mendobi haha. sebab malam td baru tukar cadar bagai..so banyak la kain yang perlu di dobi. haish..

skang aku masih melepet atas katil sambil berinternet.

'hoi bila kau nak g mandi ni ha' eh?

hehe jap2. hari rasa nak update skit. erm...pasai aku da g hantar tailor wat baju nikah yuhuuu..
tapi baju aku je la..baju en.tunang tak hantar lagi since dia kata nak hantar baju tu sendiri, xpe lah. g pun aku da excited sangat dah nak wat baju nikah kah3.

hantar kat taipan senawang tu je. kat aunty cathy..em sebab dia jahit ok and sedap dipakai so
aku percaya la nak hantar wat my nikah dress kat dia. hehe

sebelum hantar tu aku da research and pilih design2 yang aku berkenan.kat dalam majalah pengantin tu banyak.sampai aku sendiri yang pening-pening nak pilih kah3

last end up ngan design yang kain beralun2 ngan berlipat kat bahagian dada..haha leh imagine x?
ok, contohnya camni lah

sumber: en.google

contoh je eah..not exactly like this..kain x meleret2 pon..hehe. tudung plak ,aku ingat nak tempah ngan tailor member aku ni..tapi x decide lagi camna ..nantilah aku pikir heee.. erm anyway x sabar plak nak tunggu baju ni siap..actually x sabar ranya nak nikah haha.

ok bye!



monday blues

hi, salam..


today im heading back to seremban..den tak kojo ler rini hehe.. well as per previous entry ,i did mention bout wht im gonna do this weekend rite?

alhamdullillah dah setel, urusan membooking pelamin dibuat semalam..just draft, design baju and pelamin ak tgh decide lagi..pening-pening semalam xlei buat keputusan. will decide later..t nak rujuk buku pengantin ,cari design for dress yang cantik-cantik.harap jumpa.

actually aku tengah tunggu en.tunang ni..cari dia jap,till then..c ya!

little princess


slamat malam,


last few days before new year, kitorg meraikan puteri kecil melihat dunia..

-tasnim-

secomel tuan nya..bertambah lagi anask sedara pompuan yg kiut miut hehe..

eh esok ada misi bersama emak mencari lansir.. daaa nite


new year 2012

xsalam.. hi there..


wow!! its 2012 already..mcm x caya..mesti sume da pasang azam dan angan2 kan..hehe

apa azam kau?! eh??

hehe tahu tak yang tahun ni akan jadi tahun bermakan bagi aku? em x tau kan..kan..

actually tahun ni aku da nak kawin!! yeay! haha (tak sabar benar bunyinyer) lagi tolak tambah dlm 4bulan lagi! hah? ulppp !!

dan aku...prepare pape lagi hoho. baru booked officiall photog, yang ni org cakap ne wat dulu..ak pe lagi laju2 surver 2-3 photogyg aku rasa best.. and come up with final decision bila bincang and tanya pendapat en.tunang.

hari tu pat gaji je kitorang g jalan tar/sogo actually..cari barang hantaran sikit-banyak sebenarnya kah3. and borong kain tuk baju nikah nanti..tak sabar nak hantar jahit nanti huuu..

hurmm banyak lagi nak cari..list ak panjang kot huhu berdebar jugak ni..tapi wat tenang je..skang ak kat kg, esok cadang nak g usharpelamin and mak andam, ngan nak tgk langsir tuk sliding door rmh makayah aku.. hehe harap sume plan berjalan lancar and ada yang berkenan dihati..

ok bye! happy new year everyone


im the owner

hi..

an engineer,
married to an engineer
i love cooking and baking
iam simple and i am happy with my life.