RESEPI : Makaroni bakar

Assalamualaikum,

Hi semua. Beberapa minggu ni excited dok cerita pasal baby kan. Maklumlah it was my first experienced so nak abadikan lah dalam blog ni. Hihi.

Oh kita bukan nak cerita pasal baby ye.. kita nak kongsi resepi plak.

Makaroni bakar.. betul ke idok ejaan nya tuh haha. X kisah la janji boleh disebut. Sebenarnya dah lama tak buat resepi ni. Last buat masa awal2 pregnant sebelum mood alahan tu menghantui.

2 kali jugak buat and so far adik dan kakak kat melaka memang suka la. Sampai dia request buatkan untuk dia..masa tu dia tgh pregnant jugak. Tapi memandangkan waktu tu dah start mabuk kepayang..permintaan kakak tak dapat ditunaikan..sampai lah ke lani..

So.. stop chitchat2..jom kita ke dapur!

Resepi makaroni bakar

2 cawan makaroni
1/2 paket daging cincang
1 labu bawang holand
2 ulas bawang putih
1 tin tomato puri
1/2 tin cendawan butang
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Black peppers
Garam
1 Kiub pati ayam
Oregano kering
Keju parmesan

Sos putih:
1 sudu besar butter
2cawan/200ml susu segar
3 keping cheesedale
2 sudu besar tepung gandum

Cara masak:
1. Tumis bawang holand dan bawang putih
2. Masukkan daging cincang biar sampai masak
3. Masukkan tomato puri dan sos
4. Masukkan cendawan butang
5. Masukkan oregano kering
6. Perasakan dengan kiub ayam, garam dan black pepper

Sos putih:
1. Panaskan butter
2. Masukkan susu dan cheesedale
3. Pekatkan kuah dgn tepung gandum yang dah dibancuh.
Masak pada api perlahan.

Makaroni ni akan dibakar dua layer. So kena bahagikan makaroni dan sos putih 2 half2.

Mula2 panaskan oven 150c 10min.
Loyang digriskan dgn butter.
Masukkan makaroni half
Sos putih half
Taburkan parmesan cheese
Then masukkan separuh lg makaroni dan sos putih berselang seli.
Last sekali taburkan parmesan cheese banyak2.

Bakar pada suhu 190c 40min.

Ok..selamat mencuba!

Journey of mother to be: checklist keperluan baby.

Assalamualaikum

Kali ni nak cerita tentang checklist barang-barang baby pulak. Barang mummy tak prepare lg hihi.

Memandang kan sekarang dah 32weeks pregnant, kebanyakan barang2 baby almost complete. Cuma barang untuk mummy berpantang je belum start beli lagi. Plannya mungkin bulan depan..skang start survey dulu. Bila da confirm boleh terus beli.

Ok macam mummy yang lain jugak..sebelum bersalin mesti dah prepare checklist kan. Erm sebenarnya cari kat google je sebab ramai experienced mummy yang baik hati post checklist diorang kan kita pun refer je la. Hihi.

Checklist barang baby ni yang ak dah beli dan ada yang member bagi pinjam. Baju baby pon beli random size, x semua beli NB size since orang cakap baby cepat besar.. ak pon percaya je lah haha.

Lets check it out!

Baby gears:

Baju lengan pendek  - 7pasang
Baju lengan panjang - 5pasang
Rompers                    - 2 helai
Booties and mitten    - 10pasang
Topi                           - 1 helai
Barut                        - 9 helai
Bedung dan selimut   - 4helai  
Towel                       - 3helai
Tilam baby

Diapering:

Napkin - 10helai
Wet tissues
Changing mat
Diapers - x beli lagi
Sabun basuh baby

Grooming:

Bedak/losyen/baby bath
Minyak telon
Cotton buds
Cotton balls
Nappy cream

Feeding set:

Botol susu size s
Storage bottle
Storage bag
Breast pump
Steriliser
Warmer
Icepack
Pencuci botol
Berus botol

Travel:
Carseat
Stroller (lps bersalin baru beli)

Others: (x beli lagi)

Besen mandi
Penyangkut baju
Baby's Diaper bag

Tu je setakat ni.. harap cukup lah.. minggu depan dah start nak basuh baju baby dan prepare apa yang patut. Excited sangat!

Hah Gambar kat bawah ni semua barang baby je..banyak tak?  Haha. Barang mummy next month kot.. kalau rajin kita story mory k.


    

Journey of mother to be: 2nd trimester

Assalamualaikum.

Jumpa lagi kita ye. Mood baik nak update blog..kalau tak nan hado la nak taip karangan panjang ni.
So hari ni nak tulis pasal second trimester plak. Moh  nak citer..

2nd trimester:

Bulan ke 4 pregnancy, since check up kat kkia suami tak boleh masuk bilik doc masa scan baby, so kita decide nak g scan kat hospital swasta. At least hubby dapat follow progress baby setiap bulan kan. Yang ni kitorang buat appointment masa weekend je sebb masing2 keje. Lagipun masih follow up ngan kkia setiap bulan hari selasa cuma hubby tak teman..wife pergi sorang2 je..kalau dua2 checkup pergi weekday masa bila pulak mak ni nak masuk keje asyik g checkup je iyo dok haha.

So our choice is hospital salam. Dekat dengan rumah dan ada doc perempuan so xde lah segan sangat. Doc memang baik dan peramah. She explained everything. .hubby pon macam biasa lah paling banyak bertanya hihi.
Masa scan tu dah tahu gender baby dah tapi doc tak confirm lagi sebab masih baru. kitorang tak kisah gegirl or boboy janji baby sihat.




So my journey as m2b continues. Morning sickness masih berterusan tapi yang ajaibnya bila nak pergi kerja baru muntah. Bila weekend elok la plak..ada lah sometimes muntah lepas makan tp mostly memang elok je. 2nd trimester ni dah boleh start masak masuk dapur. Mood rajin dah kembali. tapi makan still tak banyak sebab tak selera sangat. Bila check up berat tak naik maintain je selama 2 bulan haha.


Bulan ke 5 scan lagi hihi. Mula2 checkup kat kkia and doc very confident bagitahu my baby's gender is Xx. Next week nye checkup kat salam..dah boleh confirm yang our baby is actually Xy.. mommy pun sihat je.InsyaAllah. bulan ni jugak dah dapat rasa baby tendang-tendang hihi amazing sangat rasa tu. Syukur Allah bagi kesempatan kat kitorang rasa nikmat tu Alhamdulillah.

my 21weeks baby :)


Bulan ke 6.. da start beli barang baby.kebetulan bulan feb hari tu ada expo baby dekat pwtc dan midvalley. Wife pon apalagi..terus ajak hubby pergi. Berjaya lah jugak completekan checklist barang-barang yang perlu dibeli. Slow2 completekan checklist supaya nanti takde lah kelam kabut dan takde la terasa duit kuar banyak sangat haha.

Then cuti CNY kitorang balik klantan sebab family decide nak buat doa selamat since this is my first pregnancy kan. Tak buat besar-besar pon cukup ajak jemaah surau untuk solat hajat dan kenduri. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan berharap semuanya selamat hingga ke akhirnya.InsyaAllah!

Ok sampai sini dulu cerita tentang my 2nd trimester. Nanti kalau rajin sambung part lain plak hihi.





23weeks pregnant, hubby bawak g babymoon hihi

Journey of mother to be: 1st trimester

Assalamualaikum.



Sorry for long hiatus. (Ok bercakap sorang2 as usual..kesian haha). Decided to write down here about my 1st pregnancy..at least boleh buat kenang kenangan..baca balik bila dah bersalin nanti ke bila anak dah besar rindu nak pregnant lagi..eh?
Owh I passed my 1st and 2nd trimester already. I am 31weeks pregnant now alhamdulillah.  Setakat ni semua baik-baik saja.

1st trimester:
Mula-mula cek upt masa tu rasanya kandungan masih baru-baru lg kot. 1st time cek, nampak 2line yang sgt clear. Memang sangat berdebar dan blurr.  Masa tu hubby tak balik keje lagi..so I mms him the picture. Both laki bini macm blurr, yelah setahun jugak tunggu dan memang dah lama tak cek..even miss P dtg lewat seminggu. Sebab selalunya dapat result yang mengecewakan.

Tapi that day tergerak hati pulak nak cek dan nampak plak double line memang rasa sgt nervous sampai tak tau nak gmbarkan perasaan masa tu. Tak puas hati buat lagi upt test kali kedua. Esoknya beli lagi upt test brand lain.. haha semangat betul!  Dan alhamdulillah ketiga2 test tu positive. Perasaan? Memang sebak sangat dan terus sujud syukur. 


The next day pergi klinik dengan harapan the doctor boleh confirm kan. Tapi hampa.. doctor just advice suruh yakin dengan result upt test tu.huh. kecewa.

Beberapa hari lepas tu beli lagi upt test yang digital punya brand clear blue tu (tak puas hati dengan jawapan doktor punya pasal..beli senyap2 sebab sebelum tu hubby tak bagi beli haha). The result also positive. Kandungan masa tu dah 5weeks.

indicator tunjuk 3+ means 5+weeks preggy  masa ni .



Minggu tu jugak we decided to go for check up and scan. Super excited! Dah boleh nampak kantung baby.Hubby lah paling banyak tanya doktor masa tu.. hihi. Masa tu happy sangat sebab dah confirmkan. Hubby happy isteri pun happy.
Alahan? Morning sickness memang ada. Kadang-kadang lepas makan je muntah balik.
2 bulan pregnant start bukak buku pink. Masa ni hubby teman pergi register kat kkia sebab isteri demam panas. Dah pergi pun time demam (suhu 39deg) dapatlah sticker kuning kat buku pink tu. Masa tu doktor scan dah dpt dengar heartbeat baby..excited crrita kat hubby and tunjuk gambar yang doc print. Malangnya x jelas langsung..sabar je lah. haha.
Then lepas tu memang every month pergi check up kat kkia je. Bln ketiga, berat turun sebab takde selera. Awal 3 bln tu memang tak selera makan. Sebelum makan mesti termenung ambik feel dulu. Haha.  Masak pun tak..sian hubby. Baju pun tak berlipat. Bukan main malas lagi. Sebab isteri pregnant hubby relakan je. Hihi.
Eh panjang plak entry kali ni.. 2nd trimester sambung next entry lah. Pening baca karangan panjang2 nih. Haha. K bye!
my 5weeks baby


im the owner

hi..

an engineer,
married to an engineer
i love cooking and baking
iam simple and i am happy with my life.