My Convocation

assalamualalaikum..

yuhuu everybody!! entry kali ni mesti la pasal hari graduasi saya yang berlangsung 16 ogos 2009 yang lalu. I'm graduated already and oficially became an alumni of ukm..haha. my family semua datang kecuali my older sister ngan mummy. sian kat mummy demam 2-3 hari sebelum tu..='(.
tak tercapai hajat Mi nak melawat rumah anak-anak kat sini. huhu. alhamdulillah sekarang Mi dah sihat.

kembali pada cerita tentang hari graduasi saya yang bersidang pada sebelah pagi. hari tu terpaksa lah bangun pagi sikit. walaupun tak tidur awal malamnya tapi still tak mengantuk maklumlah excited la katakan hehe. saya, ayah dan akak bertolak dari rumah dalam pukul 7. yang selebihnya datang after selesai majlis. (kenapa saya rasa penulisan saya seperti menulis karangan spm eah?)

masa terima skroll kat pentas, senyum sampai ke telinga sebab sangat teruja dan terharu. after 4 tahun belajar berjaya juga kitorang menggenggam ijazah. saat paling seronok masa semua kawan-kawan dah kumpul ramai2..lepas tu tangkap gambar.(activity favourate ni). tengah beratur pun sempat bergambar..masing-masing sangat happy dan kelihatan mukanya berseri-seri..hehe


masa graduan beratur kat luar

ini pun sama...


ni dalam DECTAR sebelum naik pentas
skroll down je lah...






my family

tamat~ selamat berpuasa semua!!


p/s: banyak sangat gambar..malas nk upload..haha..enjoy..
seminggu dalam mood konvo satu kerja pun tak jadi =P

H1N1 dan G.I. Joe

assalamualaikum semua...

harap semua orang sihat sentiasa bersama keluarga. al maklumlah sekarang ni cuaca tak menentu dan ramai yang senang dapat penyakit. saya sendiri pun dah dapat flu symptom ni..dan alhamdulillah, sekarang sedang recover dari penyakit selesema. dah dua hari telan ubat selesema yang sangat mengantukkan diri itu kerana ingin mendapatkan semula nikmat kesihatan yang dikecapi selama ini. (memang sangat tidak seronok apabila kita sakit okey!)

tapi kesedaran dalam diri sendiri sangat lah tipis apabila nisa mengajak untuk melihat cerita GI Joe kat alamanda. dibelanja pulak tu..sapa yang tak mahu kan kawan-kawan..hehe(thanks nisaQ! harap dibelanja lagi dilain hari). dan demi merealisasikan usaha kerajaan dalam membendung penularan wabak H1N1 di negara kita ni..usaha untuk mencari mask(topeng hidung dan mulut okey! bukan topeng muka) dijalankan. malangnya semua kedai-kedai yang layak untuk menjual mask di sekitar kompleks membeli belah alamanda itu memaparkan satu nota di kaunter masing-masing yang kiranya tertulis begini:

'mask already sold out, sorry for the inconvenience'

kecewa la jugak sebab hasrat untuk menyahut seruan kerajaan tidak kesampaian ketika itu. dan ada suara jahat yang mengutuk diri sendiri kerana tidak membeli mask awal-awal ketika berkunjung ke warta sehari sebelum itu..huhu. xpe tisu ada, kita tutup pakai tisu pun okey jugak sementara mencari topeng hidung dan mulut dikedai-kedai yang berhampiran.(pujuk diri sendiri la ni!). memang kita perlu pandang serius tentang wabak penyakit ni especially bila keluar kat berita yang penyakit ni menyebabkan angka kematian di negara kita semakin meningkat. maka kita perlu sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak tersebut..cewah!

tinggalkan cerita pasal topeng hidung dan mulut itu..
ni nak cerita tentang benda lain pulak..hehe. hari sabtu yang lepas saya pergi exam PTD, first time dipanggil dan rasa cuak jugak la. dah la tempat exam kat KL nun entah mana-mana la tempatnya. tapi gagahkan jugak sebab tak nak lepaskan peluang menduduki exam walaupun tidak membuat latihan yang secukupnya. digagahkan kaki pergi pun sebab sahabat saya yang seorang itu sanggup untuk meneman saya sehingga saya selesai menduduki ujian..thanks cik kiah..hehe. Soalannya nak kata susah tak susah , senang pun tak senang..yang pasti dengan latihan dan bacaan yang secukupnya anda pasti akan cakap soalan itu sangat senang. tapi masa amat mencemburui saya tatkala soalan bahagian kira-kira perlu dijawab. memang tak cukup masa dengan hanya berbekalkan pensil dan kertas tanpa sebuah objek berdigital yang dikenali sebagai kalkulator. okey mesin kira-kira ye kawan-kawan. memang objek itu diperlukan sebab kemahiran mencongak sudah lama tidak digunakan dalam zaman yang serba serbinya canggih ni arghh..sifir pun sudah tidak ingat sementelah siti sifir dalam rancangan A.L.O.N.G sudah tidak memunculkan diri..huhu.

soalan esei sudah tentulah tentang isu semasa. kalau anda pandai, sila teka tajuk apa yang keluar..hehe. da tahu eah? betul!!! sudah tentu tajuk nya berkaitan dengan langkah pencegahan penularan wabak penyakit yang melanda negara kita ketika ini. atau dengan senang bahasanya adalah berkaitan dengan wabak h1n1. masa tengok soalan tu, terus idea mencurah-curah ke ladang gandum. siap conteng isinya kat atas kertas..takut idea hilang tiba-tiba ke, mana la kita tahukan..hehe. tapi saya mengambil masa beberapa minit hanya untuk memikirkan pendahuluan karangan tersebut..adush. (dah cakap soalannya memang sangat susah bagi orang yang dah lama meninggalkan bidang bahasa melayu penulisan yang diambil ketika zaman muda mudi dulu)maka karang je apa yang terlintas kat fikiran.. lastly tawakal je la dengan apa yang telah diusahakan..kalau ada rezekinya..memang sangat bersyukur.

hari ahadnya bangun awal jugak sebab beria nak pergi ambil jubah yang bersaiz 's'. mindset: kalau lambat t size yang dikehendaki habis, dapat pulak size lain. owh saya tidak mahu itu terjadi. tidak dapat membayangkan diri sendiri memakai jubah yang bersaiz besar.(anda rasa seperti apakah?) hehe. tidak perlu membayangkan ituu semua sebab dah dapat size s. maka apalagi..taraaaaaaaaa...



pre convocation


dengan one of my classmate: sikembar pika

petangnya kitorang pergi putrajaya nak pergi ambil gambar kat FLORIA la kononnya..tapi tak kesampai dek rasa malu masih menebal di dalam diri ni. ramai orang yang datang memeriahkan pesta bunga walaupun hari tu adalah hari terakhir. bunga-bunga pun dah ada yang layu..tapi still lagi cantik hehe. yang pasti aktiviti bergambar tetap diteruskan..maka saya rasa sangat gembira~


sila fokus pada bunga dibelakang itu..cantikkan..

sila lihat ini...


dan ini lagi...


jangan cemburu kerana saya juga tidak pernah menaiki belon panas itu

ok tamat..~



nota: 1. G.I. Joe best jemput tengok yer kawan-kawan(lagi terasa bestnya apabila dibelanja =P)
2. topeng hidung dan mulut sudah dibeli untuk mengawal penularan wabak influenza









Hujan

hujan yang turun bagaikan mutiara
berkilau bersinar berkerdipan
subur menghijau bumi terbentang
dan bayu berpuput lembut

cinta yang bersemi di waktu hujan turun
menyirami ketandusan hati
dan hujan turut mengiringi
engkau pergi

selembut hujan bercurahan
begitulah cinta ini
semesra bumi yang disirami
begitulah hati ini

hujan yang turun bersama airmata
bersama pedih bersama rindu
kau datang dan kau pergi jua
rindu lagi

salam..

entry hari ni bertajuk hujan. saja diselitkan lirik lagu hujan (bukan kumpulan hujan tu yer!). alah yang popular tu..yang sudirman nyanyi tu. selalunya kalau hujan turun mesti keluar lagu tu..haha. dan hari ni sebab hujan turun dengan lebatnya tiba-tiba lagu ni menerjah di fikiran apa lagi pergi google la nak cari liriknya. ececece semangat sungguh ni!

hari ni sebenarnya ada meeting, tapi cancel. lagipun hujan lebat sgt td (ade kena mengena ke? ekeke) so, susah nak seberang jalan g tempat meeting itu berlangsung. (alasan yang tidak dapat diterima dek akal..adus). maka dengan itu saya sedikit malas dan memang tak pernah rajin pun untuk menyambung kerja-kerja. sepertinya saya malas untuk menekan keyboard ini sekarang. mari kita tunggu rajin datang..hwahwa

adios.
note: mata pun mengantuk time hujan ni.. =P



im the owner

hi..

an engineer,
married to an engineer
i love cooking and baking
iam simple and i am happy with my life.