zoom Malaysia

Di waktu dinihari ini terasa seperti mahu cerita tentang sesuatu. Tentang aktiviti-aktiviti sepanjang 2009 ini. seperti tahun yang sangat menggembirakan saya seakan tiada kesedaran sebagai seorang pelajar tahun akhir yang lain yang sibuk dengan kerja dan tugasan . HAHA.

Seringkali juga diperli oleh kawan saya yang mengajukan kata-kata berbunyi seperti ini;

kawan: dah final year ni makin kuat pulak berjalan ye
saya: mesti la..ada tiga hari kelas dan empat hari cuti.(ok cukup 7 hari=seminggu. pstt takut salah kira haha)

Seharusnya lah dengan empat hari cuti itu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. betul tak semua? (betul!!) Sila bergembira ya kawan-kawan jangan disia-siakan. ok stop! back to topic: zoom malaysia..yessza. Nak tahu dekat mana? jum ikut saya(buat gaya macam host dlm cuti-cuti Malaysia tu ye).

first place: Teluk Kemang, Port Dickson

Tempat yang kita pergi ni sangat la cantik sebab pantai dia warna hijau gua cakap lu..hoho.
Hijau bukan sebab ada lumut ye kawan-kawan! ye memang sangat cantik. tapi kita tak mandi hari tu cuma bermain di gigi air sahaja sebab masa itu sudah sangat pentang eh petang. kalau rasa tak percaya kata-kata saya ini, sila lihat gambar di bawah.



betul kan warnanya hijau..sangat cantik dua orang itu..ops laut itu HAHA



ada gaya jadi model tak? (yang rendah sila sedar diri yer..owh saya kah itu)

Lepas bermain-main dan bergambar, kami pulang. tapi dengan rasa tidak puas hati kerana tidak kesampaian nak naik bot pisang (bot buah lain tidak ada ya kawan-kawan jangan nak memilih). but I promise, I will come back here again. Laut tunggu sayaaaaaaaaaa!

Second place:

perjalanan ke Bagan Lalang yang memakan masa 1 jam lebih melalui jalan yang sangat bersimpang siur. (akibat tidak mahu ikut jalan tol). perjalanan yang tidak dirancang sebenarnya, ikut gerak hati sahaja..HAHA. Tapi masa datang air sedang surut sebab baru jam 3 dan aktiviti kami hanya bermain dengan anak ketam sahaja pada hari itu. Air akan pasang bila dah nak malam. sekali lagi kempunan tidak dapat bermain layang-layang pada hari itu. tapi tidak apa saya nak tunjuk jugak saya bermain layang-layang sewaktu berpicnic bersama kakak saya dan kawannya.



owh bermain layang-layang sambil duduk. sila cuba ini dirumah.


ya ini layang-layang spongebob saya kelihatan seperti bergigi dua

Waktu malam kami berBBQ pulak..it was so fun! mesti cuba ini semua bersama keluarga anda. Jangan lupa mencuba..sekian.

p/s- lawatilah tempat-tempat menarik di dalam Malaysia.
(ok enough asma'! sila sambung baca subjek law anda, sila insafi diri ya)

what's left

kul 830 gerak g bus stop for 845 meeting. huh malas sebenarnya nak bangun awal pagi td, tapi sebab ada presentation at 940..gagahkan jugak. present apa? ya our final project design 'production of urea'.

macam biasa sebelum present tu mesti nak tahu sapa judges yang terlibat dulu kan. so that kita boleh prepare physically and mentally. pagi tu ade 6 judges: dr siti kartom, pn rehan, dr zahedi and 2 orang judges dari PETRONAS. ok dah berkenalan dengan judges? ok jum kita pergi rentetan perjalanan sebuah kumpulan dalam membina sebuah plant Urea

Pagi itu..punya la datang awal tapi presentation from previous group ambil masa lebih kurang 1 jam..lama jugak la diorang punya group(meng'phsico' grup kita je). lepas mereka keluar kita pulak masuk untuk prepare slide.

ok bila semua dah bersedia..presentation dimulakan oleh saya sebagai ketua kumpulan. eh tidak bukan saya hehe. ok kita start, dan dengan penuh semangat nak present..Dr suruh kita skip je slide depan-depan tu..sedih tau(dalam hati berkata yes! dengan gembiranya) letih buat slide tu cantik-cantik sampai bersengkang mata. eh lagi satu penipuan hehe. sebenarnya bahagian paling penting sekali adalah bahagian lukisan mekanik(mechanical drawing) yang di tunggu-tunggu oleh pemeriksa. masing-masing muka dah tak sabar nak mengeluarkan soalan.

bila tiba part drawing saya.
en.hasnor: how u calculate diameter?
saya: from the textbook Sieder(bantai je tu lupa sebenarnya tajuk buku tu)
en.hasnor: how about L/D ratio
dr siti: u don't caculate it?
saya: ya no..(dengan muka dah cuak ni)

lepas itu saya da tak berapa dengar apa yang dikatakan oleh en hasnor pasal ratio L/D sebab cuak punya pasal. and then he is imagine how big my separator (ye saya kena rekabentuk sebuah phase separator untuk pisahkan effluent dari reaktor) in real life siap ukur dari dinding sini hingga dinding sana.

saya: yes..i know (angguk-angguk je la..nak buat macam mana lagi kan)

and i proceed for my drawing..and that is it. saya pandang dr siti (dengan harapan tiada soalan lagi yang perlu ditanya) dan dr siti lihat judges from PETRONAS macam dah tidak ada soalan yang mahu ditanya. and i was so relief..ok next. cepat-cepat I tekan butang next kat keyboard..haha.

question and answer session
tips untuk kawan-kawan yang belum present lagi:
soalan pasal plant layout, pfd drawing and iCON (soalan biasa sahaja ditanya), ya lupa siapa-siapa yang buat absorber, stripper dan reactor yang menggunakan tray sila pastikan anda benar-benar tahu pasal kewujudan tray itu di dalam vessel anda..sekian.

p/s-saya sangat lega kerana berakhirnya perjalanan presentation 5 orang bakal engineer dalam merekabentuk loji penghasilan urea. and now, only one paper and viva will coming soon..berusaha!

hijauuuuu..uuu

hehe apsal tajuk entry ni hijau eh..ngeh3. saje je sbnarnya muahahaha. sbb hr ni asma nk ckp yg dia mkn bayak sayur-sayuran.(eleh tu pun nk kecoh!).

seyes weh asma makan banyak sayur hr ni. beli kueh tiow kungfu untuk mkn malam n dapat extra daun-daunan hijau..hahak2.

bagus2..sila makan bnyak daun-daun hijau yer.

okies setakat ini sahaja..asma nk g sambung study. sok ade paper..adios guys!!

pergi tak kembali....

Al-Fatihah...kepada salah sorang jiran sy yg pulang ke rahmatullah petang kelmarin akibat kemalangan jln raya..berita yg dikhabarkan oleh adik lelaki sy td sdikit mengejutkan. siapa sangka arwah pergi dlm usia yg muda belum sempat nk amik spm taun ni..bila dikhabarkan ttg arwah, sedikit ingatan dn memori dtg mengingat kan sy ttg dia.

kali terakhir melihat arwah ms sy blk kg cuti skolah bln 3 hr tu. dia sbnrnya baik cuma nakal skit suka usik org n family, kakak2 dia sume kwn sy ms kecik dl..n he is my brother's friend..kitorang sm2 mmbesar bermain sm2. n now he's gone and i will never see him again after this.. moga diampunkan sgl dosa2 dan rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan dklngn org2 b'iman..amin...

bnyak benda jgk terpikir kat kpala otak ni..especilly ttg kematian. takut, gerun dan mcm2 perasaan la yg dirasa. saat malaikat maut dtg menjemput. saat kita belum bersedia untuk menghadapNya. sume2 tu buat sy b'pikir skejap dan menginsafi diri betapa bnyaknya dosa yg dilakukan atas muka bumi Allah ni. dan mula tanya pd dr sendiri. 'adakah sy bersedia?' dan sy belum bersedia dn pastinya takut saat dtgnya hari itu..

doa sy moga dipanjngkn umur dan diampunkan dosa2 serta diberikan petunjuk olehNya dlm menghadapi hari2 yg mendatang..Insya'Allah.


im the owner

hi..

an engineer,
married to an engineer
i love cooking and baking
iam simple and i am happy with my life.