projek kahwin: tema warna

salam,

projek kahwin? apakah?

actually aku baru balik dari kenduri one of my tech and operator..tema merah hitam, glemer you. pergi dengan laki tunang aku. since zura and nadia cakap takmau join..kitorang pun vroomm bersama. hehe

makan-makan,borak joyah jap ngan pn ira dan akak MS(manufacturing speciallist), sambil tunggu ketibaan pengantin lelaki. around 2pm jugak lah berarak. erm..to those who may concern haha -en fadzil and anis-  selamat pengantin baru!!


maaf.gambar dari sisi kah3 sebab ramai sangat orang kerumun , malas nak mencelah..papepun mereka adalah sama cantik dan sama padan.congrates you'll.

anyway, aku punya tema bukan merah hitam ok, mungkin tidak sesuai. dah la kami sama-sama tidak putih. nanti baju pengantin overshadow plak hah.
Main color aku da pilih cuma cuba mencari dwitone color yang bersesuaian. will reveal later sebab tak confirm lagi. once dah decide on my wedding dress nanti boleh la bagi tahu. hehe

hari ni dengan tidak sengaja ,sedondon pula ngan en.tunang. we go for green! hehe i loike



huh tembam nye aku...grrr..need to diet..diet..diet!!..argh diamlah kau!

tdo zzZZZ




girls day out~ jalan TAR you'll

hi assalamualaikum..


pagi tadi kitorang gegirl-gegirl, eh macam geli-geli pulak bunyi nye haha, kami berjalan keluarkan peluh ke SOGO dan jalan TAR dan SEMUA HOUSE. sangat lah letih hari ni, rasa exhausted gila ok. huhu

kitorang parking kat BTS, then take LRT to bandaraya station. It cost rm1.70 my dear hehe. bila sampai rasa lapar pulak,terus bergegas ke food court ,tingkat atas SOGO. dapat makanan tak pikir apa dah, terus makan je.dok sempat nak posing-posing ambik gambar ngan makanan yang super super banyak lauk tu.

bila da kenyang baru ada mood nak ambik gambar bagai haha

dari kiri cepat jalan! : k.mira,pn.ayu,aku,pn.zura dan nadia tiada dalam gambar(see, 2 orang puan yang berlagak bujang menyertai kami-mungkin harus tukar tajuk -women days out?. aku pun bakal bergelar puan juga nanti pffft)


ni ngan zura, mummy to be. ;) abaikan muka selebet aku.

da habis makan, perut da bulat masing-masing dengan penuh tenaga memulakan misi. heheheh. turun tingkat bawah tengok-tengok apa yang patut. aku survey comforter(ok kau ni comforter tak habis-habis-bak kata en.Z). da jumpa dah yang berkenan and agak banyak off, 90% juga hoi.bodohlah kalau tak amik ye dok.?

tapi memandangkan aku pikir lepas tu nak pergi jalan TAR, aku hold on la dulu kah3. takkan kau nak kehuluhilir angkut comforter tu plak kan. masih dalam sogo, bila aku datang balik aku tengok ada ramai orang kat area comforter tu, then jenguk lah tengok comforter aku masih comfort tak ditempaknya,malangnya..ada sorang akak ni da angkut satu. actually ada dua comforter yang aku berkenan tu. aku cari satu lagi and...oh..oh..ada akak sorang lagi ambik.dem!

masa tu kitorang tengok dari jauh je, dalam hati punya la berdoa. harap-harap akak tu letak balik. tapi tidak dia beredar membawa comforter aku..huhu luluh dowh hati. member aku cakap muka aku da merah masa tu,haha memang aku da rasa nak nangis pun td.kuang3.


berdrama pulak kan... (--"). dipendekkan cerita,memang rezeki aku kot, akak tu datang hantar balik and aku terus je rembat dan terus je pergi bayar. hehehe sangat suka!!

then kitorang pergi jalan tar dan borong tudung-semua house, survey goodies bag aku nanti. paling murah yang aku jumpa rm2/10pcs..mahal ke murah eah? da habis survey-survey
rehat kejap. after that kembali ke jalan benar..eh..eh ke sogo. ambik comforter yang aku tinggal lepas bayar haha. plus beli cadar plain warna ungu.

dalam pukul 4.30 bergegas mahu pulang, takut nanti bersesak dengan orang awam pulang dari bekerja. pukul 6 lebih sampai rumah. fuhhhhhhh..penat gila badan. tapi puas! heeeee

da setel satu checklist aku..i loike!





family and kisah kawen-kawen..erk again??

hi,hi,hi


perghhh pehal nak 3 kali hi ntahnya..hoho

ok, assalamualaikum..ha lebih sopan, kan da nak jd bini orang..eh?.. hihi

well nak cerita pasal kawen lagi neh..takpa aku tak bosan pffftt. nanti lama-lama blog ni jadi blog pasal wedding je. hee

eh tadi aku jumpa en.zack ,teman makan jap ekeke. and guess what? kitorang pakai baju sama kaler la..kah3 so lame..papentahakuni! tadi saja la cakap kat en.Z cenggini;

missA: Eh baju kita sama kaler la yang..
enZ: tak samalah

missA: eh?? (--")

haha baru berangan nak sehati sejiwa. gi jalan-jalan pakai baju sedondon. kah-kah cam budak-budak remaja pulak.berangan. sebenarnya rasa malu juga nak sama-sama kaler ni ,seb baik aku pakai cardigan kat luar so takdelah nampak baju kitorang sama.tak penting pun lah! kehkeh

anyway berbalik pada topik

-eh ko da habis banyak perenggan baru nak back to the point ke? ingatkan da start tadi haha-

monolog sendiri dem! ok-ok.anyway semalam call Mi and we having chit-chat about wedding preparation lah. aku dok tanya pasal catering, since Mi&Ba yang akan settle kan bab-bab makan ni, aku ikut je. pastu Mi dok crita pulak pasal kain langsir kat rumah kawan dia hari tu ekeke. berkenan lerr tu. well memang aku ada prepare ongkos untuk Mi jahit langsir baru untuk sliding door rumah tu. hehe takpe-takpe, nanti aku balik kg kang aku kuar lah shopping cari kain ngan Mi.

lepas tu masuk cerita pasal kad kawen, Mi tak bagi buat banyak-banyak pun. sedara mara nanti boleh balik kampung and terus jemput je. erm aku pun ok jer. jimat sikit bajet kad kawen yeay! bila cakap kat en.Z , dia pun setuju jugak hehe.

and then aku gosip ngan Mi, bagitau pakej pelamin kat kg en.Z lagi murah. siot macam tak percaya je. banyak jugak la beza ngan pakej yang aku amik tu. untung la.grr jeles!

lepas da habis potpetpotpet ngan Mi, aku chat fb ngan enZ pulak. handphone dia takdak bateri pulak. tak dapat nak sms. tapi aku tetap je nak sms dia wakaka.

em.. chat bukan cakap apa pun.bagitau yang aku call Mi je. tapi yang aku nak cakap kat sini sebenarnya..yang ..aku suka bila dia bahasakan mak ngan ayah aku as Mi&Ba jugak. rasa macam rapat je, rasa macam we are really a family. eh? -bukan da jadi part of family ke? eh ke belum lagi? eh?- hehe

pepehal pon: sy syg dia

ekeke






saMan grr..

salam,


sapa pernah dengar title or motto or whatever lah..kat mana-mana ..haha

the more you delay, the more you pay!


aku first time tgk ayat ni..it ist like a motto lah untuk menyuruh -menggesa barangkali ,pengguna jalan raya yang ada kesalahan lalu lintas membayar denda mereka/saman?

keh3

kena kat diri sendiri, terasa i tau! awat wat moto lagu tu..dowh..stress tetiba. haha
padan muka sapa suh ko lengah-lengah bayar saman ekeke..

SAMAN? yep saman ok, i kena saman..dah lama sebenarnya tahun lepas lagi, dan akibat berlengah-lengah ,acuh tak acuh..em apalagi ? lalai? nyanyok mungkin..haha ni ler akibatnya
kena la bayar.

owh.. for the first month tu ,kena dalam rm150, tapi sebabkan aku lambat..saman diganda dua cett..rm300 weh..sengal lorh..huhu. bukan salah aku-tetiba tak ngaku plak..sapa suh abg polis antar surat saman kat rumah makayah aku, hantar la kat rumah aku,so that aku aware and laju-laju pergi bayar ekekeke.

surat saman pun aku da tak ingat kat mana..hee. i check kat internet je. rupanya saman sebab speeding kat kuala lipis-speed trap ler tu..x sangka aku ni bawak kreta laju-laju ek..sampai jadi pilihan pakcik polis. haha. aku rasa bukan aku yang drive time ni, ni mesti keje adik aku..bila aku sibuk berdengkur kat tepi dia , pergi merempit plak hoho..nak kena ni..ne mintak separuh bayaran sebagai balasan hahhaah .

skang ni aku gelabah nak bayar sebab bulan tiga kena bayar road tax daa.. akak aku cakap if kita ada saman, dapat renew road tax selama setiap 6 bulan ..haish cam mana-cam mana ni..huhu

aku nak cari abang polis hensem-hensem lah, nak mintak kurang..kah3
bajet kau hot lah kan (--")..


DIY..photobooth props!!

hi salam,


semalam aku wat somekind of d.i.y stuff..wuuu. sebelum ni ak pikir nak beli je..tapi bila survey harga..em yang aku rasa agak x berbaloi nak membeli ,jd ak memilih untuk buat sendiri je..nak tau ap? ekeke..


taraaaaa...


photobooth props..ade mustaches,lips,spec..and wording. erm ideanya nak letak dlm bilik je..nak jdkan props bila nak amik gambar nanti hehe..mcm kat bawah ni


then semalam aku jalan2 kat sunway ngan en.zaid, punyalah dia sanggup ponteng keje sebab nak teman aku..huhu thanks sayang! pastu jumpa DAISO..ala kedai jepun yang sume barang dia 5riyal je tu..kemain excited aku sebab memang nak cari frame gambar and easel..kejap je pusing da jumpa wallaweh .sgat sukaa!!

pilih punya pilih dapat jugak beli 3 barang ekeke..tu pun x puas lagi sebenarnya,memandang kan en.zaid da tarik-tarik ,asyik duk 'jum2' je..aku pun terus gi bayar huhu..xpo2 t aku nak g lagi kedai daiso tu..nak cari barang-barang comel kat situ..kih3.

kat bwah ni frame ngan easel yang aku da beli hehehe suka-suka.




x sabar rasa nak hias-hias bilik nanti.. skang ni tengah survey comforter pulak ..duhh pening nak kawen ni kan! tapi org cakap best kah3.

adious!


dia lelaki


hi salam,


-AMARAN-

ni entry angau..harap jangan muntah haha.

psssstt...





saya SAYANG dia

muka xdak perasaan hewhewhew

chow!

pagi2 buta rasa nak menaip..buang tebiat jap!

hi moning2 glory,


first time balik kojo, memblog plak kah3..angin pe ntah..klau tak takdonya hupdate blog ni..haram pemalas hewhewhew!

xde pape pun..melayan mata jap,nak suh ngantuk.
kadang-kadang xlei nak tido pikir pasal majlis aku nanti
bukan psl kekangan kewangan ke apa..eh? bajet anak dato org sponsor kawen kau ke apa? haha.

ok2..actually ak ni dok pikir sangat sampai time nak tdo pon noleh pikir lagi haha mana x stress? ngan x cukup tdo nye ag.-oh ak kan keje shift huhu.

nak kata lambat lagi..lagi 4bln adoiyai
hari tu i did my own to do list,discuss with en.tunang
apa yang perlu dilakukan every month menuju hari2 bahagia kami cewah! erm harap everything will be going smooth ly.
insyaallah..

bahagianyaaa.. mengada tssskk --"


F.R.I.D.A.Y

Salam jumaat semue....



mesti hari ni semua orang tengah busy-busy bekerja..ye dop. well aku off hari ni yeay! . bangun pagi ngan muka selebet tak mandi lagi, angkut bakul kain, nak g mendobi haha. sebab malam td baru tukar cadar bagai..so banyak la kain yang perlu di dobi. haish..

skang aku masih melepet atas katil sambil berinternet.

'hoi bila kau nak g mandi ni ha' eh?

hehe jap2. hari rasa nak update skit. erm...pasai aku da g hantar tailor wat baju nikah yuhuuu..
tapi baju aku je la..baju en.tunang tak hantar lagi since dia kata nak hantar baju tu sendiri, xpe lah. g pun aku da excited sangat dah nak wat baju nikah kah3.

hantar kat taipan senawang tu je. kat aunty cathy..em sebab dia jahit ok and sedap dipakai so
aku percaya la nak hantar wat my nikah dress kat dia. hehe

sebelum hantar tu aku da research and pilih design2 yang aku berkenan.kat dalam majalah pengantin tu banyak.sampai aku sendiri yang pening-pening nak pilih kah3

last end up ngan design yang kain beralun2 ngan berlipat kat bahagian dada..haha leh imagine x?
ok, contohnya camni lah

sumber: en.google

contoh je eah..not exactly like this..kain x meleret2 pon..hehe. tudung plak ,aku ingat nak tempah ngan tailor member aku ni..tapi x decide lagi camna ..nantilah aku pikir heee.. erm anyway x sabar plak nak tunggu baju ni siap..actually x sabar ranya nak nikah haha.

ok bye!



monday blues

hi, salam..


today im heading back to seremban..den tak kojo ler rini hehe.. well as per previous entry ,i did mention bout wht im gonna do this weekend rite?

alhamdullillah dah setel, urusan membooking pelamin dibuat semalam..just draft, design baju and pelamin ak tgh decide lagi..pening-pening semalam xlei buat keputusan. will decide later..t nak rujuk buku pengantin ,cari design for dress yang cantik-cantik.harap jumpa.

actually aku tengah tunggu en.tunang ni..cari dia jap,till then..c ya!

little princess


slamat malam,


last few days before new year, kitorg meraikan puteri kecil melihat dunia..

-tasnim-

secomel tuan nya..bertambah lagi anask sedara pompuan yg kiut miut hehe..

eh esok ada misi bersama emak mencari lansir.. daaa nite


new year 2012

xsalam.. hi there..


wow!! its 2012 already..mcm x caya..mesti sume da pasang azam dan angan2 kan..hehe

apa azam kau?! eh??

hehe tahu tak yang tahun ni akan jadi tahun bermakan bagi aku? em x tau kan..kan..

actually tahun ni aku da nak kawin!! yeay! haha (tak sabar benar bunyinyer) lagi tolak tambah dlm 4bulan lagi! hah? ulppp !!

dan aku...prepare pape lagi hoho. baru booked officiall photog, yang ni org cakap ne wat dulu..ak pe lagi laju2 surver 2-3 photogyg aku rasa best.. and come up with final decision bila bincang and tanya pendapat en.tunang.

hari tu pat gaji je kitorang g jalan tar/sogo actually..cari barang hantaran sikit-banyak sebenarnya kah3. and borong kain tuk baju nikah nanti..tak sabar nak hantar jahit nanti huuu..

hurmm banyak lagi nak cari..list ak panjang kot huhu berdebar jugak ni..tapi wat tenang je..skang ak kat kg, esok cadang nak g usharpelamin and mak andam, ngan nak tgk langsir tuk sliding door rmh makayah aku.. hehe harap sume plan berjalan lancar and ada yang berkenan dihati..

ok bye! happy new year everyone


im the owner

hi..

an engineer,
married to an engineer
i love cooking and baking
iam simple and i am happy with my life.